Wednesday, March 23, 2011

Kawan- kawan nak taw sejarah Paintball??? bacalah....


mari belajar sejarah bersama saya....


Sejarah paintball
Paintball pertama telah dihasilkan oleh Syarikat Cat Nelson pada tahun 1950 untuk tujuan penandaan pokok dari jarak jauh. Permainan paintball pertama telah dimainkan oleh dua sahabat didalam hutan Henniker, New Hampshire dan seterusnya ianya dijadikan satu permainan sukan.

Seramai 12 pemain telah memulakan sejarah permainan paintball pada 27 Jun 1981 dengan menggunakan pistol Nel-Spot 007. Mereka ialah Bob Jones, Ronnie Simpkins, Jerome Gary, Carl Sandquist, Ritchie White, Ken Barrett, Joe Drinon, Bob Carlson, Lionel Atwill, Charles Gaines, Bob Gurnsey dan Hayes Noel. Permainan mendapatkan bendera atau Survival ini telah diadakan dikawasan berkayu dengan keluasan 80 ekar.


Permainan ini mempunyai peraturan tersendiri. Iaitu menewaskan pihak lawan menggunakan pellet yang merupakan peluru cat. Senapang yang digunakan dipanggil marker menggunakan CO2 atau gas mampat seperti HPA dan nitrogen bertujuan menghasilkan kuasa tujahan setiap kali picu ditarik.

Mari kita lihat sepintas lalu sejarah paintball.

Ceritanya bermula pada tahun 1976 apabila Hayes Noel seorang broker saham dan Bob Gurnsey teruja apabila mendengar pengalaman rakan mereka Charles Gaines yang ke Afrika. Apa yang membuat mereka teruja ialah kisah Gaines memburu kerbau di sana.

Percaya atau tidak, permainan paintball juga diinpirasi dan dipengaruhi dunia penulisan dan pada peringkat awal turut disertai oleh mereka yang terlibat dalam dunia penulisan.

Hayes Noel dan dan Bob Gurnsey mendapat inspirasi memperkenalkan permainan paintball berdasarkan pengaruh sebuah cerita pendek, The Most Dangerous Game (The Hounds of Zaroff) tulisan Richard Connell pada 19 Januari 1924. Cerita pendek itu disiarkan dalam Collier's Weekly.

Permainan paintball pertama diadakan pada tahun 1981. Antara pemain awal ialah seorang penulis novel dan penulis di Sports Illustrated bernama Bob Jones, pemburu berpengalaman bernama Ronnie Simpskins, petani dari Alabama yang juga pemburu badak bernama Jerome Gary dan beberapa pemain lain melibatkan 12 pemain keseluruhan.

-----

Pada 9 Ogos 2009, permainan paintball Merdeka telah dianjurkan buat kali ketiga oleh PTS Publication & Distributor. Melibatkan 14 orang pemain terdiri daripada wakil penerbit, rakan-rakan pembaca buku terbitan PTS, ahli keluarga dan sahabat handai. Tonton video di bawah rakaman pertempuran dan di sebalik tabir.



Sesetengah orang berpandangan, permainan paintball dapat dicirikan dalam dunia bisnes hari ini.

Pertama, melibatkan strategi bagaimana kemampuan sebuah kumpulan bertindak menguasai kawasan (baca: pasaran) dengan setiap satu memainkan peranan serang dan lindung (rakan lain). Konsep kerjasama adalah elemen penting bagi menguasai permainan ini.

Kedua, melibatkan kebijaksanaan pengurusan kos dan meningkatkan survival dalam permainan. Jumlah pallet yang digunakan adalah kos bagi memastikan pasukan dapat memenangi pertempuran itu. Dapat dilihat bagaimana strategi yang betul dalam pengurusan kos mempengaruhi survival organisasi secara keseluruhan menggunakan prinsip pada masa dan tempat yang sesuai.


LATAR BELAKANG SUKAN PAINTBALL
Paintball telah diperkenalkan dua puluh dua tahun yang lalu di Amerika Syarikat sebagai National Survival Games (NSG). Pada waktu itu, permainan Paintball lebih cenderung kepada simulasi peperangan denga ciri-ciri ketenteraan seperti pakaian celoreng, taktik dan terminologi ketenteraan dan juga penggunaan ‘Paint Marker’ yang mirip seperti senjata api.

Paintball kini berubah wajah, dari hutan ke stadium, dari terminology ketenteraan ke terminologi kesukanan, dari celoreng ke jersi dan dari simulasi peperangan ke pertandingan sukan. Paintball kini dikenali sebagai SUKAN PAINTBALL.

SUKAN PAINTBALL merupakan sukan ‘outdoor’ yang paling pesat berkembang serta mendapat tarikan yang hebat daripada peminat sukan ekstrim, di mana pada masa ini, ia meraih tempat ketiga sukan ekstrim paling popular di Eropah dan Amerika Syarikat menurut National Sporting Goods Association (NSGA) dan National Professional Paintball League (NPPL).




ASAS PERMAINAN SUKAN PAINTBALL

PAINTBALL merupakan aktiviti berkumpulan dan ‘character building sport’ di mana dua kumpulan akan bertanding di dalam satu perlawanan.
·         Setiap kumpulan mempunyai bilangan ahli yang sama iaitu seramai lima (5), tujuh (7) atau sepuluh (10) peserta.
·         Secara umumnya, setiap kumpulan mempunyai ‘flag station’ yang ditempatkan di dalam kawasan masing-masing untuk dikawal.
·         Semua peserta dilengkapi peralatan asas seperti ‘Paint Marker’ dan peralatan keselamatan utama seperti ‘Face Mask’.
·         Objektif permainan ialah penguasaan kawasan dan kubu lawan dengan setiap peserta mengatur strategi untuk mara ke kawasan lawan.
·         Kemenangan dicapai apabila bendera di kubu lawan ditawan. Objektif juga dicapai melalui proses ‘elimination’ iaitu menumpaskan peserta dari kumpulan lawan dengan menembak ‘Paintball’ ke arah lawan. Apabila terdapat kesan warna akibat terkena tembakan Paintball di anggota badan, peserta tersebut terkeluar dari permainan. (Kesan warna hendaklah berukuran minima saiz duit syilling 50 sen)
·         Setiap perlawanan itu mengambil masa sepanjang 5 hingga 10 minit, bergantung kepada saiz padang, jumlah peserta dan modul permainan.



SEJARAH SUKAN PAINTBALL

1970          Syarikat Daisy mencipta ‘Paintball Marker’ untuk Jabatan Perhutanan Amerika Syarikat.
1981          12 rakan bermain Paintball bersama Bob Gurnsey di New Hampsire menggunakan ‘google’ mata dan Paintball yang mengandungi cat minyak.
1982     Padang Paintball pertama di Rochester, NY dan diperkenalkan sebagai ‘National Survival Game’ (NSG).
1983     Pertandingan ‘NSG’ yang pertama.
1984     Paintball diperkenalkan ke England dan Australia.
1992     National Professional Paintball League (NPPL) ditubuhkan di Chicago.
1998     Pertandingan Skyball pertama di Skydome, Toronto, Canada.
2000     Sirkit Millennium bermula di Eropah.
2002     NPPL Super 7 World Series diperkenalkan.


APA ITU PAINTBALL?


Paintball diperbuat daripada selaput gelatin, manakala isinya diperbuat daripada jenis pewarna makanan berunsurkan air. Ini bermakna, kesan warna paintball:
·         mudah dibasuh dengan air
·         tidak toksid
·         tidak mendatangkan kesan sampingan jika terkena pada bahagian anggota badan pemain.

Di peringkat sukan antarabangsa, istilah Paintball ini kekal digunakan dan tidak ditukar gantikan istilahnya seperti peluru atau sebagainya untuk memartabatkan Paintball sebagai agenda sukan dan bukannya simulasi peperangan ataupun ‘war games’ yang menonjolkan imej ketenteraan.







Features:marker
  • Adjustable volume fire chamber for velocity stability at high rates of fire
  • All metal body, feedneck, and grip frame construction
  • Super-light, fast-acting bolt
  • Enhanced solenoid valve Super-light magnesium alloy boyd, grip frame, and trigger
  • Conical trigger bearing which eliminates side to side trigger slop
  • Break-beam vision anti-chop technology
  • Interchangeable bore barrel - standard
  • Ergonomically designed trigger frame built to be walked
  • Three point trigger adjustment
  • Integrated air rail
  • Rail-mounted on/off ASA
  • High level of Ion compatibility - Epiphany owners can make use of many existing aftermarket accessories and Ion owners can upgrade to Epiphany level performance.
ANTARA KELENGKAPAN PAINTBALL YANG LAIN :




MASK PROTECTOR


TANKS


PALLETS

PAINTBALL SCENARIO MARKER

BODY PROTECTED


GLOVES



Your cOmment"s Here! Hover Your cUrsOr to leave a cOmment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fresh Dari Mereka

 
AWN-Blogportant Template by FreeTemplate