Kita Akan Menghargainya Ketika Kehilangannya
Dan kita tidak akan pernah merasai kehadirannya,
Melainkan selepas kehilanganya,Kewujudannya di
samping kita umpama angin berhembus ,Langsung
dibiarkan berhembus tanpa kita syukuri, Namun ,
Tanpa angin mampukah kita terus menjalani
landasan hidup ini ?
Dan kita sentiasa merasai sesak ketika adanya dia,
Kerana kita merasakan bahawasanya dia bukanlah
sesiapa dalam hidup kita, Tetapi kita lupa dia
merupakan segalanya untuk kita,
Mungkin...seketika waktunya...kita perlu merasai
ketiadaan dia, Agar kita dapat mensyukuri sejenak
perlunya dia untuk kita.
Dan tidak ALLAH kurniakan dia untuk kita tanpa
sebab dan tujuannya, Namun itulah lumrah kita
manusia, Senantiasa membiarkan yang di depan
mata pergi tanpa rela, Pesan Bapa "jika tidak suka
pulangkan sahaja maka ALLAH menariknya",
"Tapi ingat jangan kau kesali...jangan kau tangisi ".
Alangkah sunyi dunia kita tanpa dia,
Saat di depan mata dia pergi menghadap Illahi,
Air mata tidak sempat bertakung lantas tumpah,
Dan ketika itu kita teringat.
Kita akan menghargainya ketika kehilangannya........