Friday, June 17, 2011

Untuk Wanita-Wanita di dunia terutama Wanita Malaysia

ROGOL



APAKAH LANGKAH- LANGKAH 
PENCEGAHAN DARI MENJADI MANGSA ROGOL..

  • Sentiasa menggunakan jalan yang dilalui oleh orang ramai,jangan mengikut jalan yang terdekat tetapi sunyi dan gelap.
  • Cuba berada di tempat yang sibuk dengan orang ramai
  • jangan mudah terpengaruh dengan pelawaan orang yang tidak dikenali
  • Jangan layan teguran orang yang tidak dikenali atau pelawaan untuk minum air semasa berada dalam bas,teksi atau keretapi

  • elakkan dari balik larut malam dan keseorangan.
  • biasakan diri bersiar-siar  atau berjogging dalam kumpulan
  • jerit minta tolong jika anda diganggu oleh orang yang tidak dikenali.
  • lapor kepada polis segera apabila anda diganggu.

BAGAIMANA BOLEH BERLAKU ?

  • perogol biasanya akan menyerang mangsanya yang berseorangan di tempat yang sunyi
  • menerima pelawaan seseorang untuk bersiar-siar,bermalam di hotel atau rumah dan sebagainya.
  • makanan atau minuman yang mengkhayalkan atau tidak sedarkan diri.
  • mempercayai bomoh yang berjanji menyembuhkan penyakit dengan hubungan seks.
BAGAIMANA MENGELAKKANNYA

  • pastikan tiada orang lain di dalam kereta ketika anda hendak 
  • memandu bersendirian
  • sentiasa berwaspada ketiksa menuju ke kereta di kawasan letak kera terbuka atau tertutup.
  • berwaspada apabila melihatorang yang mencurigakan di sekitar kemudahan awam seperti tandas.
  • pastikan anda berteman semasa melalui tempat-tempat terpencil atau sunyi.
JIKA BERLAKU ANCAMAN

  • undang-undang membenarakan hak untuk mempertahankan diri daripada dirogol dengan mengggunakan kekerasan keatas penyerang @ perogol sehingga menyebabkan kecederaan/kematian kepada si perogol.
  • bertenang dan jangan kelam kabut jika diserang atau diugut.
  • tidak melakukan perkara yang terburu-buru.



Your cOmment"s Here! Hover Your cUrsOr to leave a cOmment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fresh Dari Mereka

 
AWN-Blogportant Template by FreeTemplate