Tuesday, April 7, 2009

JIka AKu JAtuh Hati

Ya Allah Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya
PadaMU,agar bertambah
Kekuatanku untuk menyintaiMU....

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya bertaut
PadaMU agar tidak terjatuh aku
Dalam jurang cinta nafsu....

Ya Rabbana jika aku jatuh
Hati,jagalah hatiku
padanya agar tidak
berpaling daripada
hatiMU...

Ya Rabbul Izzati jika aku
rindu,rindukanlah aku
pada seseorang yang
merindui syahid di
jalanMU...

Ya Allah jika aku menikmati
cinta kekasihMU,janganlah
kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam
terakhirMU...

Ya Allah jika aku jatuh hati
pada kekasihMU,jangan biarkan
aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru
manusia kepadaMU..

Ya ALlah jika Kau halalkan aku
merindui kekasihMU,jangan biarkan
aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan
rindu abadi hanya kepadaMU..

Amin..

Doaku...moga
kita sama-sama berjaya di dunia
dan ahirat kelak..
berjaya dalam mengharungi segala
dugaan dan
cabaran...yang
sememangya menguji
kekuatan iman...
kerana tapak
iman itulah yang
menemukan cinta
yang selama ini
telah hilang...
Semoga Cinta Yang dicari
tela ditemui...Semoga
Allah meletakkan kita di
bawah payung rahmat
kasihNYA..Insya Allah..

buat orang yang pernah aku miliki iaitu NUR AZLYNDA ZAINI..
kenangan bersamamu tidak akan kulupa sampai kehujung hayat ku..

Your cOmment"s Here! Hover Your cUrsOr to leave a cOmment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fresh Dari Mereka

 
AWN-Blogportant Template by FreeTemplate