Friday, November 5, 2010

Berita Harian Online | Kedah bermula garang benam Selangor 4-1

Berita Harian Online | Kedah bermula garang benam Selangor 4-1

Kedah bermula garang benam Selangor 4-1
Oleh Azizan Hashim
bhsukan@bharian.com.my
2010/11/06

KEDAH membuat permulaan baik dalam Kumpulan C Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja-raja apabila membenam juara 12 kali Selangor 4-1 di Stadium Perak, petang semalam.

Corak permainan pantas pasukan Kenari menjadi aset utama pasukan negeri Jelapang Padi itu yang menggunakan kelebihan itu untuk membolosi benteng pertahanan Selangor yang diterajui pemain berpengalaman Khairul Anuar Bahrom.
Malah Kedah yang pernah menjuarai kejohanan itu empat kali sebelum ini, mendahului 3-0 selepas 30 minit saingan berlangsung dan sepatutnya menang dengan jaringan lebih besar jika barisan penyerang bijak memanfaatkan beberapa peluang terbuka yang dimilikinya pada babak kedua.
Apapun dengan mempamer corak kemas dan teratur, Mohd Fairus Hashim membuka jaringan seawal minit keenam, diikuti jaringan Wan Mohd Asraf Wan Ali (minit ke-20) dan Abdullah Yusoff pada minit ke-30.

Selangor yang turut membariskan bekas pemain kebangsaan seperti Hardi Jaafar dan Rudie Ramli, merapatkan jurang buat seketika apabila Khalid Jamlus menemui sasaran pada minit ke-44 tetapi Muhd Fiqri Md Isa melengkapkan kemenangan Hijau Kuning pada minit ke-65.



Tahniah Kepada skuad kenari kerana telah menumpaskan skuad red giant..

Hidup kedah Darul Aman


Your cOmment"s Here! Hover Your cUrsOr to leave a cOmment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fresh Dari Mereka

 
AWN-Blogportant Template by FreeTemplate